Saturday 26 May 2012

hari belia part2



wuuuhoooo...
entry pasal hari belia tuhkan ade mention "rase cam nak pegi lagi je"..
haaa...hari ni dapat pegi lagi...
tapi kali ni best !!
pegi dengan orang yang sama jugak...
dapat jugak la beli sumtin...tu pon Qi belanja...maklum la kite tapat gaji lagi...Qi dapat duet kutu...
thanx la yerrrrr :)
saje je pegi lagi sebab tak puas...
sebab lain pegi tu kononnye nak tengok my ABG ADAM...
kate nye beliau ade...da la semalam die ade tapi tapat jumpe...belik awal !
dan seperti semalam tapat jugak jumpe...
urmmmm...tape la..tade rezeki nampaknye...
kite jumpe aiman...ala, yang coklat vanila tu...
OMG !! hensem weyh ! tengok dekat-dekat...dalam tv bese-bese je...haha
dan ramai lagi...erkk...tade la ramai sangat...
kali ni dapt snap gambar ! wuhuuu..
thanx Qi sebab bawak camera..hehe

with REDHA :)

with Qi :)
 
haa...ade lagi ni...malas la nak upload sini...
kang pemes pulak...hahah
okie ! that all for today...will story again ! muahahahahahahahaahaha
*tade motif gelak sebegitu rupa.... :D

Friday 25 May 2012

hari belia PUTRAJAYA



uitttt !! lame suda tidak membukainye pon ini belog aduinye pon ter ber...
haaa...nampak !! ayat pon da macam kene langgar lari dek lori akibat lame tak mengarang...
hahahah...

okie...okie..
back to my story yang belum pon kite mule kan tadi...huuu
lepas balik keje tadi, kite ngan dua orang kawan ngek kite gi HARI BELIA kat putrajaya tuh...
haa...kau ada ! puihhh..nak bangga-bangga pulak...hehe
uihhh...memang tak cukup kaki la nak jalan kat sane...
penat weyh ! jauh kot...6KM katenye...tah, lupe lak nak ukur tadi....bhahahaha
best la...banyak gak barang murah-murah...nak beli !!
huwaaa....gaji tak dapat lagi...apsal la buat time tak gaji lagi...
kalau da gaji memang la...abes duet...haha..
so, kami pon cuci jela mata kami yang agak kotor ni...hihi
tu pon tak abes round lagi tu...rase cam nak pegi lagi je...
hari da malam...mak pon da bising-bising suruh balik...
sebagai anak yang solehah...kene la dengarkan...cewahh !
eyhhh...ayat kat atas tu macam da nak wat kesimpulan je...
dah bagi tau belum kite jumpe retis ??? belum ??
ha...ni nak bagi tau ni...sebelum terlupa...haha
time melawat gerai ke gerai tukan...
jumpe la, ENOT, FIDA, OSMAN KERING, RAJA LAWAK...urm, tak tau la sape name raja lawak tu...hehe
FAZLI ZAINAL pon ade...low profile je die...pakai kete kelisa je ha...
pape pon thanx la kat my friends tu...sudi temankan pegi sane...
name tak boleh mention kat sini...atas sebab-sebab tak dapat dielakkan...
hahah...padahal, kedekut nak letak name korang dalam belog ni....ngee~
MIRA QILLA and REDHA...
alah, rosak agaknye keypad ni...name tu yang keluar...haha
thanx tau korang !!

*rugi kan kite tak tangkap gambar kat sane !! :(

Sunday 20 May 2012

KJ tersingkir



MENTOR konsert last kumpulan B

alaaaaaaa..... :(
KJ tersingkir la..
tak dapat tengok abg adam dan kj lagi...
apsal la dorang tersingkir...
nape la protege kak G tu buat bagus pulak malam ni...
aiyoooo...
tape la...nak buat macam mana...da tade rezeki...
jangan sedih-sedih ek abg adam dan kj !! :)

juara piala FA



19 MAY 2012
SIME DARBY vs KELANTAN
FT 0 - 1

Kelantan juara baru dan Sime Darby pasukan berstatus kelab yang sangat membanggakan..
Setelah 22 tahun penantian akhirnya Kelantan berjaya membawa pulang piala tersebut..
GHADDAR muncul wira apabila berjaya menjaringkan gol tunggal Kelantan menerusi sepakan penalti..
Pemain terbaik perlawanan telah dinobatkan kepada kapten Sime Darby..

TAHNIAH la The Red Worrior !!

Abg kecik dapat baby baru





comel tak ! comel tak !!
haa...kalau nak tau ni la anak first kepada pemain bola Negeri Sembilan, SHAHURAIN..
agak-agak ni baby boy ke baby girl ???
ape ?! pondan !!!!? agak-agak la weyh !
hahahahahahaha...gurauan semata-mata...
nak tau tak name baby girl ni...
SHAHLEESYA QASEH SHAHANNY
haa...terseliuh tak lidah ?? haha

TAHNIAH la pada abg KECIK kite...
dapat baby baru !!

SHAHURAIN ABU SAMAH aka KECIK

Wednesday 16 May 2012

senarai penjaring terkini bagi skuad jang



setakat 15 MAY 2012

penjaring terbanyak liga adalah EFFA dengan 11 gol..

11 gol
JEAN-EMMANUEL EFFA OWONA

9 gol
AHMAD SHAKIR ALI

3 gol
MUHAMMAD SHUKOR ADAN

2 gol
MOHD FIRDAUS AZIZUL
SHAHURAIN ABU SAMAH

1 gol
G. MAHATHEVAN
MARIAN FARBAK
S. KUNANLAN

gol sendiri
S. KUNANLAN

*tersenarai jugak pemain Negeri Sembilan yang jaringkan gol sendiri ekkk...huhu

naik ke tangga ketiga !



15 MAY 2012
NEGERI SEMBILAN vs PERAK
FT 3 - 1

Negeri Sembilan beroleh kemenangan 3 kali berturut-turut...
Beraksi dilaman sendiri dan berjaya memungut 3 mata...
gawang skuad jang bolos terlebih dahulu menerusi sepakan penalti oleh Perak..
gol-gol skuad jang dijaringkan oleh EFFA 2 gol dan FARBAK..
2 kad merah telah dilayangkan semasa perlawanan sedang berlangsung..
IDRIS KARIM dari skuad jang dan kapten Perak...
kini Negeri Sembilan naik ke tangga ke-3 liga dengan 29 mata di belakang Kelantan...
Lions XII masih mendominasi kedudukan pertama..

wuuuhuuuu...
ayoh jang !!
teruskan kebangkitan mu itu !!
HOBIN JANG HOBIN !! >_<

Monday 14 May 2012

selamat hari jadi ABAH !!



14 MAY 2012

haaa...pe istimewa tarikh tu ??
actually today my daddy's birthday !!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ABAH !
MOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI..
SENTIASA DIBAWAH RAHMAT ALLAH SELALU...
SAYANG SELALU :)

:: EN.KAMARUDIN BIN KISOT ::

luf you !!!!!!!!!

Sunday 13 May 2012

juara hoki piala remaja asia 2012



HOKI PIALA REMAJA ASIA 2012
13 MAY 2012
MALAYSIA vs PAKISTAN
FT 2 - 1

Akhirnya setelah 20 tahun penantian, skuad hoki remaja negara muncul juara..
Malaysia telah menewaskan Pakistan 2 - 1..
gol-gol Malaysia telah dijaringkan oleh FAIZAL SAARI dan SHAMIN YUSOF..
FAIZAL SAARI juga adalah penjaring terbanyak kejohanan yang telah menjaringkan sebanyak 6 gol...
tahniah buat anak muda skuad hoki negara...
diharap teruskan prestasi anda...
sekarang juara piala remaja asia...akan datang........juara DUNIA !! yeahhhh...


*harap skuad bola sepak negara pon macam ni...kan itu lebih baik... :)

Saturday 12 May 2012

jimatkan bateri laptop




Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.
Jika anda  ingin menggunakan laptop untuk  jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.
Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?
Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
  1. Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.
  2. Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  3. Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  4. Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  5. Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  6. Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  7. Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  8. Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  9. Jangan gunakan CD/DVD.
  10. Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  11. Gunakan cooling pad.
  12. Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba.

credit : myberita.com

buat mu MAK !!




PN. KHALIJAH BINTI BAHAMAN


 >DOA UNTUK MAK<

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..

Ya ALLAH ya TUHANku..
Rendahkanlah suaraku, perindahkan ucapanku dan lembutkan hatiku untuk ibuku,
KHALIJAH BINTI BAHAMAN
Berikanlah dia balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya kepadaku..
Peliharakanlah dia sebagaimana dia memeliharaku..

Ya ALLAH ya TUHANku..
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya
sebagaimana dia mengasihiku sejak kecil..
Panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya dan berikanlah keberkatan
dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga..

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah
yang Maha Pengasih di antara semua pengasih..

Amin Ya Rabbul Alamin..

Mak, terima kasih sesangat atas pengorbanan mak sepanjang membesarkan kite..
kite mintak maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut atas semua kesalahan kite..
kite tau kite bukan anak yang baik..
MAAF ye mak !!

dengan ini kite mengumumkan....
SELAMAT HARI MAK !!

*erkk...tetibe nak nanges...sob...sob...sob

sebab penjara pudu perlu ditutup



FAKTA YG MENGEJUTKAN......harus semua ambil iktibar...

SEBAB-SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang-orang tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Di bilik inilah sering berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " mannnnnnnnnnnnn belon yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, mannnnnnnnnnn belon yang punyaaaaaa ... "



Tahniah kerana minat membaca. hohohoho...betul-betul holiau ! hee~

credit : erkk...tak hengat la dari sumber mane tah..anyway, thanx !

prestasi futbol negara di sukan SEA



hi, ebelibadi !!
erk...macam la ramai sangat yang bace blog usang kite ni kan..haha
tetibe rase nak wat entry pasal bola..
uhh, bola lagi !!
nak buat macam mana...MINAT BOLA WEYH !!

PRESTASI BOLA SEPAK NEGARA DI SUKAN SEA
*dari tahun 1979 - 2011

> 1979 ( Indonesia )
-EMAS : Malaysia 1 - 0 Indonesia

> 1981 ( Filipina )
-PERAK : Thailand 2 - 1 Malaysia

> 1983 ( Singapura )
-GANGSA : Malaysia 5 - 0 Brunei

> 1985 ( Thailand )
-GANGSA : Malaysia 2 - 1 Indonesia

> 1987 ( Indonesia )
-PERAK : Indonesia 1 - 0 Malaysia

> 1989 ( Malaysia )
-EMAS : Malaysia 3 - 1 Singapura

>1991 ( Filipina )
-kalah di peringkat awal

> 1993 ( Singapura )
-kalah di peringkat awal

> 1995 ( Thailand )
-kalah di peringkat awal

> 1997 ( Indonesia )
-kalah di peringkat awal

> 1999 ( Brunei )
-kalah di peringkat awal

> 2001 ( Malaysia )
-PERAK : Thailand 1 - 0 Malaysia

> 2003 ( Vietnam )
-GANGSA : Malaysia 1 - 1 Myanmar
(penalti 4 - 2)

> 2005 ( Filipina )
-GANGSA : Malaysia 2 - 0 Indonesia

> 2007 ( Thailand )
-kalah di peringkat awal

> 2009 ( Laos )
-EMAS : Malaysia 1 - 0 Vietnam

> 2011 ( Indonesia )
-EMAS : Malaysia 1 - 1 Indonesia
(penalti 4 - 3)

harap sukan SEA akan datang MALAYSIA dapat EMAS lagi...yeah !!

info : AKHBAR BERITA HARIAN edisi 2011

sekali lagi !



13 MAY 2012
NEGERI SEMBILAN vs JOHOR FC
FT 2 - 1

Negeri Sembilan telah melayani kunjungan JohorFc di Stadium Paroi..
JohorFc terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti..
Negeri sembilan berjaya menyamakan kedudukan yang dijaringkan oleh EFFA menerusi gerakan S.KUNALAN..
gol kedua dijaringkan oleh SHAKIR menerusi hantaran SHAHURAIN pada separuh masa kedua...
banyak percubaan berbahaya dari skuad Jang tapi gagal diterjemahkan dalam bentuk gol..
keputusan kekal sehingga tamat permainan..
kini Negeri sembilan di tangga ke-5 dengan 26 mata..
Pendahulu liga kekal milik Lions XII..

kekalkan rentakmu !!
HOBIN JANG HOBIN !!
MUSUHNYA HABIS BINASA !!

finally !!




8 MAY 2012
SELANGOR vs NEGERI SEMBILAN
FT 1 - 3

Akhirnya skuad kendalian Azrai Kor berjaya mencipta kemenangan..
Negeri sembilan telah bertandang ke Shah Alam dan berjaya membawa pulang 3 mata..
salah satu gol telah dijaringkan oleh FIRDAUS AZIZUL..

yeah !! go JANGS go !!
ha, cam ni lah baru sayang lebih...hohoho
teruskan rentak ya !!

*erk...apsal ek klu wat entry pasal bola da macam Hasbullah Awang lak rase...haha