Saturday 10 December 2011

Fakta Gerhana Bulan Penuh


1) Jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat (10.05 malam hingga 10.57 malam).

2) Gerhana bulan penuh boleh berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari penuh berlangsung selama hanya beberapa minit sahaja di satu-satu tempat. Ini adalah kerana saiz bayang2 bumi (ketika gerhana bulan) lebih besar berbanding bayang2 bulan (ketika gerhana matahari).

3) Gerhana bulan boleh berlaku sehingga maksimum 3 kali setahun. Namun, adakalanya tidak ada langsung gerhana bulan berlaku dalam jangkamasa beberapa tahun. Tapi gerhana matahari berlaku lebih kerap, iaitu 2-5 kali setahun namun kawasan yang dapat dilihat gerhana matahari penuh itu sikit sahaja (beberapa kilometer lebar sahaja), manakala gerhana bulan boleh dilihat di seluruh dunia yang mengalami waktu malam.

4) Ketika gerhana bulan, bulan akan bertukar warna dalam satu spektra yang unik :kemerah-merahan apabila ia memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang umbra bumi, kemudian kelihatan seperti kebiru-biruan dan turquoise (biru kehijauan)! Ini adalah disebabkan cahaya itu sedang melalui lapisan ozon bumi (yang mana lapisan ini menyerap warna merah, dan membenarkan warna biru melepasinya).

5) Jika di bumi kita mengalami gerhana bulan, pada ketika yang sama bulansedang mengalami gerhana matahari pula.

Sekadar berkongsi....:face64:

0 pengkritik bebas: