Wednesday 13 June 2012

Berakhirnya BADI




FRIENDLY MATCH
12 JUNE 2012
MALAYSIA vs SINGAPORE
FT 2 - 0

Perlawanan timbal balik antara Malaysia dan Singapore berlangsung di stadium Shah Alam..
Badi selama 8 tahun kepada Singapore berakhir semalam..
Keputusan 2 - 0 memberi kepuasan kepada penyokong..
Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapore ialah pada 12 Julai 2004 di Stadium Cheras, Kuala Lumpur juga 2 - 0..
Penyerang Negeri Sembilan, AHMAD SHAKIR MD,ALI menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-18..
Pasukan pelawat membalas serangan namun mengecewakan apabila rembatan Aleksandar Duric berjaya ditepis KHAIRUL FAHMI CHE MAT tiga minit kemudian..
Stadium Shah Alam bergema dengan sorakan penyokong tuan rumah apabila rembatan deras AZAMUDDIN AKIL menerjah jaring pada minit ke-30, namun dibatalkan pengadil dari Thailand, Tee Ti Chai gara-gara ofsaid..
Harimau Malaya semakin garang sebaik babak kedua bersambung dan pada minit ke-62, kapten pasukan SAFIQ RAHIM berjaya menggandakan jaringan menerusi sepakan percuma..
Tambah derita lagi, pasukan Singapore terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Mustafic Fahrudin dilayangkan kad merah gara-gara mengasari NORSHAHRUL IDLAN TALAHA..
Pada minit ke-70, pemain gantian SHAHURAIN ABU SAMAH nyaris menambah jaringan namun dibatalkan kerana bola terlebih dahulu dikesan terkena tangan dan dilayangkan kad kuning...
keputusan 2 - 0 kekal hingga tamat perlawanan..
Kedua-dua pasukan sebelum ini sekadar seri 2 -2 dalam aksi persahabatan pertama di Stadium Jalan Besar , Singapore jumaat lepas..


Tahniah HARIMAU MALAYA !!! 
Teruskan kebangkitan anda...
prestasi macam ni lah kite nak...huhu
AAAUMMMM :)

*Anyone...please take me as a sport reporter !! hahahahaha.....

0 pengkritik bebas: